38 kawasan terjejas di KL, Gombak terima bekalan air

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Sebanyak 38 daripada 58 kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak yang mengalami gangguan bekalan air berjadual telah pulih sepenuhya.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan berkata, sebanyak 66 peratus kawasan yang terjejas berikutan kerja-kerja penggantian injap pada jajaran paip air mentah di Empangan Klang Gates telah pulih sehingga jam 6 pagi Khamis.

"Pengguna yang terjejas di Wilayah Gombak telah pulih sepenuhnya, manakala sejumlah 20 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur masih belum pulih," kata kenyataan itu pada Khamis.

Sebelum ini, sebanyak 58 kawasan di Gombak dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air sejak Selasa.

Gangguan bekalan berlaku berikutan kerja-kerja penggantian injap pada jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Wangsa Maju dan Bukit Nanas.

Kerja-kerja itu bermula jam 9 pagi Selasa dan bekalan air dijadualkan pulih sepenuhnya pada jam 5 pagi Jumaat.

Artikel Berkaitan: