Tak pelik jumpa harimau kumbang di Negeri Sembilan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Penemuan harimau kumbang di kawasan Rembau dan Kuala Pilah sejak tahun lalu yang dilaporkan media bukan sesuatu yang pelik.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata, berdasarkan purata, terdapat satu atau dua tangkapan haiwan liar berkenaan pada setiap tahun.

"Kalau ikutkan hutan simpan yang ada di negeri ini memang ada habitat harimau kumbang. Itu menunjukkan hutan kita kaya dengan spesis hidupan liar.

"Jadi tak pelik bila ada penduduk yang buat aduan nampak harimau kumbang atau pun tapir kerana di dalam hutan itu memang tempat tinggal mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, berdasarkan rekod, kebanyakan aduan yang diterima berhubung penemuan harimau kumbang ialah daripada penduduk yang mempunyai haiwan ternakan kambing atau lembu dan lokasi kandang berhampiran kawasan hutan.

Jelas beliau, haiwan liar berkenaan keluar daripada kawasan hutan dan memasuki kawasan berhampiran penduduk kerana ingin mencari makanan.

"Biasanya apabila harimau kumbang itu sudah dapat mengesan tempat makanan, ia akan sasarkan tempat sama dan biasanya lokasi itu bersempadanan dengan hutan.

"Jadi tidak pelik apabila ada laporan berkenaan tangkapan harimau kumbang. Cuma hanya sejak kebelakangan ini dilaporkan media," katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, pada 3 Mac lalu, Perhilitan telah menangkap seekor harimau kumbang yang masuk ke dalam perangkap di Kampung Ulu Nuri, Johol, di Kuala Pilah kemudian di Kampung Solok Baing, Kendong, Rembau 24 Mac lalu dan pada 2 April di Kampung Chembong Kecil, Rembau.

ARTIKEL BERKAITAN: Harimau kumbang masuk perangkap

Harimau kumbang 52kg masuk perangkap

Harimau kumbang baham lembu masuk perangkap