X

Kindly register in order to view this article
!

Undur secara terhormat jika rakaman audio sahih

Zakaria Dullah
A
A

SEREMBAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta berundur secara terhormat sekiranya polis mengesahkan kesahihan rakaman audio perbualan beliau bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang tular di media sosial.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin berkata, perbualan dalam rakaman audio itu merupakan perkara serius dan memerlukan siasatan segera pihak polis.

Menurutnya, selain laporan polis, Majlis Kerja Tertinggi UMNO juga didesak supaya bertindak segera menyiasat kesahihan audio tersebut.

“Presiden UMNO perlu menunjukkan keyakinan bahawa rakaman audio itu palsu dengan membuat laporan polis, dan jika hasil siasatan menunjukkan ia benar, maka Presiden UMNO perlu berundur secara terhormat.

“Kita tidak mahu dengan adanya isu sebegini nanti ada ahli UMNO sendiri yang jadi atas pagar kerana hilang kepercayaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Ujar Zool Amali, imej presiden parti ketika ini sudah tercalar dan perlu dibersihkan semula bagi mendapatkan keyakinan ahli.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid nafi perbualannya bersama Anwar

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah berkata, beliau mengakui sudah mendengar rakaman audio berkenaan dan tidak pasti sama ada ia tulen atau diada-adakan bagi tujuan tidak baik.

Bagaimanapun, Zakaria menegaskan jika rakaman audio tular itu benar, ahli-ahli MKT UMNO lebih tahu apa keputusan terbaik yang sepatutnya dilakukan mereka.

“Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan, tetapi perkara ini penting kepada masa hadapan perjuangan UMNO itu sendiri.

“Maka dengan itu, Lembaga Disiplin (UMNO) perlu menjalankan fungsinya menyiasat kebenaran (rakaman audio perbualan tular).

“Apatah lagi ia membabitkan Presiden parti (Ahmad Zahid). Jika benar, parti (MKT) lebih tahu apa keputusan yang patut mereka buat,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!