X

Kindly register in order to view this article
!

Kelantan catat 38 kes Covid-19

A
A

KOTA BHARU - Kes jangkitan Covid-19 di Kelantan menurun menjadi 38 kes pada Rabu.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) melalui Facebook rasminya sehingga jam 6 petang Rabu memaklumkan, 38 kes membabitkan 33 kes tempatan, tiga kes import B dan dua kes penjara.

Sehingga kini, kumulatif kes di negeri ini sebanyak 6,620 kes dan untuk kes terbaru, lapan kes tempatan dicatatkan di Bachok iaitu masing-masing satu di Bekelam dan Mahligai manakala tujuh kes di Gunong.

Daerah Kota Bharu pula mencatatkan tiga kes tempatan di Kadok, dua di Kemumin, empat di Ketereh, enam di Panji dan masing-masing satu kes di Kota, Kubang Kerian dan Peringat.

Sementara itu di daerah Machang hanya dua kes tempatan di catatkan iaitu di Labok, Pasir Mas pula satu kes iaitu di Pasir Mas dan Pasir Puteh lima kes iaitu tiga di Jeram dan masing-masing satu kes di Bukit Jawa dan Limbongan.

JKNK turut memaklumkan dua kes di Tanah Merah membabitkan satu kes import C iaitu di Kusial manakala di Tumpat membabitkan lapan kes tempatan serta satu kes di Wakaf Bharu.

Bilangan zon merah di negeri ini masih lagi enam daerah iaitu Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Pasir Puteh, Machang dan Pasir Mas.

JKNK menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi saranan serta nasihat kesihatan iaitu mengelakkan kawasan sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat serta patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!