Pas tidak sokong UMNO dalam PRK DUN Semenyih: Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) ketika menghadiri Forsea KL’19 Democracy Fest di White Box Publika, hari ini.
Turut sama, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (tiga, kiri). Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kiri) ketika menghadiri Forsea KL’19 Democracy Fest di White Box Publika, hari ini. Turut sama, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu (tiga, kiri). Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pas menyatakan tidak akan memberi sokongan kepada BN dalam persaingan di PRK DUN Semenyih yang akan berlangsung 2 Mac ini.

Pendirian Pas tersebut dibuat secara bertulis dan ditandatangani sendiri oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kejutan terbaharu Pas itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya butir pertemuan yang berlangsung kira-kira 45 minit di Pejabat Perdana Menteri di Yayasan Al-Bukhari semalam.

“Perbincangan dengan Abdul Hadi semalam berkenaan politik. Macam-macam hal berkaitan politik.

“Tentang pendirian parti Pas dalam PRK Semenyih ini, mereka (Pas) buat keputusan tidak akan menyokong parti Umno.

“Abdul Hadi maklumkan kepada saya, bahawa Pas tidak akan menyokong Umno. Bukan itu sahaja, tapi ada juga pengakuan secara tertulis dan ditandatangani,” kata Pengerusi Bersatu itu ketika ditemui media selepas menghadiri Festival Demokrasi, Forsea Kuala Lumpur, di sini, hari ini.



AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: