Punca masalah hutang, seorang lelaki warga Bangladesh dibunuh

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes bunuh seorang lelaki warga Bangladesh di belakang sebuah kedai gunting rambut di Jalan Ipoh di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, tiga lelaki warga Bangladesh dan seorang lagi warga Myanmar ditahan.

"Kesemua mereka berusia 32 hingga 50 tahun. Motif pembunuhan dipercayai berkaitan masalah hutang. Kita turut merampas senjata yang digunakan iaitu sebilah pisau," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Eng Lai berkata, semakan rekod mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Bagaimanapun, salah seorang suspek tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan kita juga masih menunggu keputusan semakan ketulenan dokumen peribadi suspek lain," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat seorang lelaki warga Bangladesh itu pada jam 6 petang.

"Mangsa ditemui oleh pemilik kedai gunting rambut dalam keadaan terduduk di atas kerusi," katanya.

Beliau berkata, laporan awal bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur mendapati terdapat unsur jenayah

Artikel Berkaitan:

kerana ada satu kesan kecederaan tikaman tepat ke jantung mangsa," katanya.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa hingga Isnin depan untuk siasatan lanjut.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-4048 2206, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.