Polis siasat tular anggota merokok di kedai makan

Isu tular di media sosial mengenai sekumpulan anggota polis lengkap beruniform merokok di kedia makan yang dikongsi di Facebook Public Health Malaysia.
Isu tular di media sosial mengenai sekumpulan anggota polis lengkap beruniform merokok di kedia makan yang dikongsi di Facebook Public Health Malaysia.
A
A
A

IPOH - Polis telah menjalankan siasatan tatatertib terhadap sekumpulan anggota polis yang dikesan merokok dalam sebuah premis makanan di Pasir Puteh di sini sepertimana tular di media sosial pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah berkata, tindakan itu diambil bagi mengenal pasti sama ada berlaku sebarang pelanggaran tatatertib atau kod etika polis dilakukan anggota yang terlibat itu.

Menurutnya, semakan dilakukan mendapati, individu yang dipaparkan dalam gambar tular tersebut merupakan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

"Isu ini telah ditularkan di laman media sosial oleh seorang pengguna Facebook 'Araa Qisha' dan ia turut dikongsi di Facebook 'Public Health Malaysia' sehingga mendapat perhatian umum.

"Ingin kita tegaskan bahawa polis sentiasa menjalankan amanah dengan adil, telus dan profesional yang mana anggota pasukan juga tertakluk kepada pematuhan undang-undang yang sedang dikuatkuasakan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita pada Rabu.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklum balas tentang kualiti perkhidmatan polis daripada orang awam.

Bagaimanapun katanya, setiap permasalahan, aduan mahupun maklum balas itu disampaikan melalui saluran yang betul dan bukan sewenang-wenangnya melalui media sosial.

"Sebarang aduan atau maklum balas tentang tingkah laku atau kualiti perkhidmatan anggota polis boleh disalurkan melalui Pusat Kawalan IPD Ipoh di talian 05-2542222 atau emel kpdipoh@rmp.gov.my," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Rabu, tular di media sosial bersama beberapa keping gambar menunjukkan sekumpulan anggota polis lengkap beruniform duduk di meja makan sambil menghisap rokok.

Kejadian di sebuah kedai makan di Pasir Puteh itu dipercayai berlaku setelah semua anggota terbabit selesai tugasan.