Pemulihan gangguan bekalan air di tahap sembilan peratus

Air Selangor
Air Selangor
A
A
A

KUALA LUMPUR - Status terkini pemulihan gangguan bekalan air berjadual di 58 kawasan Kuala Lumpur dan Gombak terlibat adalah pada tahap sembilan peratus.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemas kini di Facebooknya memaklumkan, sebanyak lima kawasan telah mendapat bekalan air sepenuhnya setakat jam 3 petang pada Rabu.

"Lima kawasan yang telah pulih adalah Kementah, Pulapol, Taman Dato Ahmad Razali, Taman Putra Sulaiman dan Wangsa Maju Seksyen 4.

"Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari masa ke masa menerusi semua saluran komunikasi rasmi," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Gangguan bekalan air ini adalah disebabkan kerja-kerja penggantian injap pada jajaran paip air mentah di Empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju.

Air Selangor memaklumkan, kerja tersebut berjaya diselesaikan mengikut jadual pada jam 9 malam, Selasa disusuli proses menstabilkan agihan dilakukan sebelum disalurkan kepada pengguna.

Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 5 pagi, Jumaat.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat senarai kawasan terlibat, senarai Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan maklumat Stesen-stesen Pengisian Air Komersil dengan layari http://hentitugas.airselangor.com/

Artikel Berkaitan: