X

Kindly register in order to view this article
!

Rakaman audio: UMNO perlu dapatkan penjelasan Zahid

Saarani ketika meninjau ruang pameran yang disediakan di Dataran Amanjaya Slim sempena program Mesra di daerah Mualim.
A
A

TANJUNG MALIM - UMNO Perak menyatakan adalah perlu untuk parti mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu rakaman audio yang didakwa mirip suara Presiden UMNO itu bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, penjelasan itu perlu bagi menenangkan suasana politik dan pimpinan parti di setiap peringkat yang mungkin ketika ini diganggu dengan emosi politik.

"Saya ingatkan diri saya dan rakan-rakan lain agar jangan cepat melenting atau membuat apa-apa tindakan atas emosi.

"Kita perlu rasional dan paling penting kena dapatkan penjelasan daripada tuan tubuh sendiri sama ada betul atau tidak, seeloknya kita tunggu penjelasan dan apa yang nak dikata beliau nanti," katanya kepada pemberita pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman audio didakwa mirip suara Anwar-Ahmad Zahid tersebar

Menurutnya, dalam perkembangan dunia teknologi sekarang, pelbagai pendekatan boleh dibuat oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan hanya untuk mencapai matlamat politik masing-masing.

"Untuk peringkat ini, kita tidak akan ambil apa-apa tindakan sebab kita nak lihat sama ada itu betul audio yang sahih atau hanyalah audio yang telah diedit.

"Ini era digital, macam-macam boleh berlaku dan kita tidak boleh menerimanya 100 peratus bahawa ia audio yang sahih, susah kita nak tahu," katanya.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak ditemui pada Program Menteri Besar Bersama Rakyat (Mesra) di daerah Muallim di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Zahid nafi perbualannya bersama Anwar


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!