Calon kita mesra penduduk: Muhyiddin

Muhyiddin. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Muhyiddin. - Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

SEMENYIH - Calon PH bagi PRK DUN Semenyih Muhammad Aiman Zanali, diyakini mampu menambat hati pengundi di DUN berkenaan.

Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana Aiman memiliki sifat mesra dan mudah didekati.

"Dari segi perwatakan pun saya rasa dia mesra penduduk. Apapun yang pihak sana (BN-Bebas) kemukakan itu hak mereka.

"Yang penting kita sokong dan kempen untuk calon kita supaya rakyat yakin dengan pemilihan kita adalah yang terbaik," katanya dalam sidang media di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, selepas selesai pengumuman calon PRK berkenaan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, PH tidak memandang rendah kepada kewibawaan calon lain.

"Calon mana sekalipun saya tidak pernah pandang rendah kepada mereka. Adapun laporan daripada pemerhati di sini menyatakan kita ada kelebihan untuk menang, itu pandangan mereka.

"Masa di Cameron Highlands mereka kata kita susah nak menang, jadi kita walaupun itu dijadikan perkara asas, yang penting apa yang kita nak buat kepada pengundi dan ini akan kita perjelaskan satu persatu supaya mereka tidak ragu lagi," katanya.

Artikel Berkaitan: