Pelanggan biadap, peniaga tunjuk bukti...

No Image Caption
A
A
A

BACHOK - Isu ragam pelanggan yang sering memarahi dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap para peniaga atas talian bukan perkara baharu.

Seperti mana perkongsian di Facebook Nor Amirah apabila dia terpaksa menghadapi pelanggan yang banyak kerenah kerana barang yang dibeli itu lewat tiba.

Menerusi statusnya, dia telah menunjukkan bukti resit perkhidmatan kurier serta lokasi barang itu berada.

Bagaimanapun pelanggan itu tidak memahami malah terus memarahi dan menuduhnya tipu.

"Maaf la, saya tidak akan bagi anak-anak makan duit haram yang bernilai RM38. Saya masih boleh mencari rezeki halal, mohon guna akal fikiran, jika berturut.

"Kalau tidak boleh bersabar untuk membeli barang secara atas talian, tidak perlu sampai mengugut. Perkhidmatan kurier bukan menghantar satu barang sahaja tetapi beribu dalam sehari," katanya.

Dalam pada itu, menerusi layar mesej aplikasi WhatsApp di antara pelanggan dan peniaga, pelanggan itu bersikap kasar dengan mengeluarkan kata-kata kurang enak seperti bodoh, nate budok ini, beruk hingga mengundang kecaman dari netizen.

Kata Zainul Ariffin Jamul memberitahu, kemungkinan pelanggan itu kali pertama membeli barang atas talian sekaligus beranggapan barang yang dibeli itu akan diterim dengan cepat seperti mana beli di pasaraya.

Sementara itu Annie Tahir berkata, pembelian atas talian memang akan mengambil masa dalam tiga hari ke atas terutama jika lokasinya jauh.

Artikel Berkaitan: