Gangguan internet tidak jejas rakaman prosiding rayuan Najib

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Gangguan Internet Putrajaya Campus Network (PCN) di Bangunan Istana Kehakiman dan beberapa agensi kerajaan lain selama satu jam setengah, semalam tidak menjejaskan rakaman prosiding rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijalankan secara terbuka di Mahkamah Rayuan.

Semalam merupakan hari kedua pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya bagi pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia pada Rabu, gangguan yang bermula pada 10.30 pagi hingga 12 tengah hari itu, telah menyebabkan tayangan langsung prosiding rayuan di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman untuk pengamal media tidak dapat ditayangkan.

“Namun, gangguan itu tidak menjejaskan rakaman prosiding rayuan di mahkamah terbuka, dan semua peguam dan pendakwa raya masih dibekalkan dengan salinan (soft copy) rakaman prosiding selepas prosiding berkenaan berakhir,” menurut kenyataan itu yang merujuk kepada artikel sebuah portal berita bertajuk ‘Shafee goes ‘silent’ for over an hour during SRC appeal’, pada Selasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: