X

Kindly register in order to view this article
!

Tok Ti kongsi rahsia untuk tidur lena

A
A

Rahsia kecantikan dan kemerduan suaran penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin akhirnya terbongkar!

Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti mengakui tidur yang lena adalah satu ramuan penting untuk pastikan badan sentiasa sihat dan seterusnya membuatkan persembahan semakin mantap.

Untuk dapatkan tidur yang lena, jenis tilam juga mesti daripada produk bertaraf A. Sebab itulah Tok Ti memilih tilam jenama CUCKOO kerana beliau tidak pernah berkompromi dengan isu tidur berkualiti.

CUCKOO Tilam A-Series janjikan keselesaan

Cuckoo International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO) melancarkan tilam CUCKOO bergred A iaitu ‘A-Series Matress’ (Tilam A-Series) bagi memberikan keselesaan kepada pengguna dan membantu rakyat Malaysia memiliki kediaman sempurna.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO, Hoe Kian Choon berkata, produk terbaharu dan berinovasi itu digandingkan dengan servis pembersihan berkala terkenal CUCKOO dengan pakar pembuatan tilam lateks, Lee Swee Kiat Group Bhd (LSK) yang menjanjikan keselesaan tidur, dan minda di tahap tertinggi.

Menurut Kian Choon, tilam bebas Anilina itu merupakan tilam pertama CUCKOO dan produk terbaharu yang dilancarkan bagi membantu lebih ramai mempunyai kediaman dan kehidupan yang lebih sihat.

“Dengan setiap pembelian Tilam A-Series, kami juga akan membekalkan servis pembersihan tilam berkala kami untuk menjamin kebersihan tilam supaya dapat memastikan keselesaan dan menjaga kesihatan setiap pemilik. Ia juga merupakan simbol usaha kami bagi sentiasa memperbaharui dan membekalkan produk yang terbaik bagi Rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, CUCKOO melantik biduanita negara, Siti Nurhaliza sebagai duta produk terbaharu ini.

Kian Choon berkata, CUCKOO juga menyediakan pelan sewaan mampu milik yang bakal memberikan pelanggan kelegaan dari segi kewangan sambil menikmati servis pembersihan berkualiti atau bergred A.

“Pelan sewaan Tilam A-Series ini adalah dari serendah RM150 sebulan untuk kontrak selama tiga tahun. Ia juga didatangkan dengan 10 tahun jaminan serta penghantaran dan pemasangan percuma (tertakluk pada terma dan syarat) dengan servis pembersihan berkala setiap empat bulan oleh pasukan servis CUCKOO+.

“Bagi memastikan tilam CUCKOO bebas daripada pepijat dan lain-lain kotoran, pasukan servis CUCKOO+ telah mengadaptasi teknologi pembersihan sempurna “Triple-Supreme” dalam servis pembersihan tilamnya yang merangkumi pembersihan vakum berkuasa tinggi, pembersihan hydro serta “All-In Hunting”,” katanya.

Kata beliau, Tilam A-Series ini juga terdiri daripada empat lapisan dengan setiap satunya memiliki keistimewaan tersendiri iaitu lapisan pelindung, ‘topper’, penebat dan asas.

“Tilam mampu milik bergred A ini boleh dilanggani atau dibeli melalui mana-mana CUCKOO E-Brandstore,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pelanggan CUCKOO, Toh Seng Lee berkata, CUCKOO menyasarkan jualan tilam melebihi RM60 juta pada tahun ini.

“Kami juga berharap ia dapat menarik dan membantu lebih dari 160,000 rakyat Malaysia untuk memiliki tidur yang lebih lena dan sihat dalam tempoh tiga tahun,” katanya.

Sebagai tanda penghargaan, CUCKOO menghadiahkan Siti Nurhaliza dan anaknya sebuah Tilam A-Series rekaan khusus.

Bagi Siti Nurhaliza, dengan adanya tilam A-Series daripada CUCKOO yang juga didatangkan dengan servis pembersihan berkala yang bergred A, tidurnya pasti dijamin lebih selesa dan berkualiti.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai CUCKOO International, sila hubungi talian perkhidmatan CUCKOO International di 1800 88 8181 atau layari laman web CUCKOO, di https://www.cuckoo.com.my/products/mattresses atau halaman media sosial Facebook dan Instagram.

Klik video https://youtu.be/Wx0CA6__RwQ untuk maklumat lanjut mengenai Tilam A-Series CUCKOO.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!