Beza agama tidak halang Pas rai masyarakat Cina

Sulaiman mengiringi Ariffin (tengah) merasmikan majlis sambutan Sambutan Tahun Baharu Cina di Wakaf Tapai.
Sulaiman mengiringi Ariffin (tengah) merasmikan majlis sambutan Sambutan Tahun Baharu Cina di Wakaf Tapai.
A
A
A

MARANG - Perbezaan agama, bangsa tidak menghalang ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong untuk meraikan masyarakat Cina sempena Tahun Baharu Cina di Wakaf Tapai, di sini.

Malah semangat muhibah yang terbina dan budaya saling hormat-menghormati masyarakat berbilang kaum di kawasan berkenaan jelas tergambar apabila kaum Melayu, India turut terlibat.

Menurut Sulaiman, kemeriahan sambutan adalah salah satu gambaran realiti keadaan masyarakat di bawah negeri pentadbiran kerajaan Pas yang sentiasa mendahulukan Islam dalam segala hal.

"Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Kawasan Marang pada kali ini diadakan di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa di Wakaf Tapai.

"Hari ini cukup meriah sekali dengan apabila hampir 1000 penduduk berbilang kaum, Melayu, Cina dan India datang untuk sama-sama meraikan program diadakan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Majlis sambutan dirasmikan Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam majlis itu, Ariffin dan Sulaiman turut menyampaikan angpau kepada ratusan anak anak yang hadir untuk memeriahkan lagi majlis sambutan Tahun Baharu Cina Kawasan Marang.

Artikel Berkaitan: