Penunggang maut rempuh belakang lori

Motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa merempuh bekalang sebuah lori di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Rembia pada Rabu. Gambar kecil: Mohd Najib
Motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa merempuh bekalang sebuah lori di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Rembia pada Rabu. Gambar kecil: Mohd Najib
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Rembia di sini pada Rabu.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa Mohd Najib Che'mat, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, siasatan awal mendapati lori jenis Hino muatan barangan logam yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun dari arah Alor Gajah ke bandar Melaka telah memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan.

Mangsa berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Bagaimanapun, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang lori itu.

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa yang bekerja sendiri mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat sebelum dituntut waris keluarga.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: