Tarikh tutup peraduan PKPNimsxSinar dilanjut hingga 16 April

Zamri menunjukkan penyertaan mingguan Peraduan PKPNimsXSinar di Shah Alam pada Selasa.
Zamri menunjukkan penyertaan mingguan Peraduan PKPNimsXSinar di Shah Alam pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai khususnya pembaca Sinar Harian dan pelanggan produk NIMS ADELICIOUSZ masih berpeluang menyertai peraduan PKPNimsXSinar kerana tarikh tutup penyertaan dilanjutkan sehingga 16 April depan.

Penolong Pengarang Berita Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, tarikh tutup penyertaan sepatutnya berakhir pada 14 April namun disebabkan beberapa kekangan dihadapi peserta, pihak penganjur mengambil keputusan melanjutkan tarikh tutup penyertaan.

Tambah beliau, tujuh borang peraduan juga akan dikeluarkan semula mengikut siri warna pelangi bermula 7 April sehingga 13 April bertujuan untuk memberikan peluang kepada peserta untuk menyertai peraduan bagi Kategori Hadiah Utama.

“Borang peraduan ini akan disiarkan selama seminggu di akhbar Sinar Harian mengikut tujuh siri warna yang meliputi warna kuning, merah, hijau, biru, ungu, oren dan indigo.

“Mereka yang terlepas mana-mana borang sebelum ini, jangan risau kerana masing-masing boleh dapatkannya bermula hari ini (7 April),” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut, Zamri berkata, mana-mana peserta yang menyertai peraduan bagi kategori berkenaan perlu memastikan masing-masing mematuhi syarat pertandingan.

Ini kerana, katanya, terdapat segelintir peserta sebelum ini didapati tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

“Untuk Kategori Hadiah Utama, mereka sepatutnya mengumpul tujuh produk Crispy Choco Tub edisi terhad tujuh siri warna pelangi beserta 35 kepala akhbar Sinar Harian yang dipotong bersama tarikh.“Kemudian, mereka juga perlu mengumpul tujuh penutup bekas Crispy Choco Tub mengikut siri warna pelangi dan juga empat penutup bekas Crispy Choco Tub biasa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

*

Zamri menunjukkan beberapa penyertaan yang memperlihatkan pelbagai sisi kreatif peserta untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM150,550.
Zamri menunjukkan beberapa penyertaan yang memperlihatkan pelbagai sisi kreatif peserta untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM150,550.

Bersempena peraduan itu juga, Zamri berkata, NIMS ADELICIOUSZ membuat tawaran istimewa iaitu pembelian set combo Crispy Choco Tub dengan harga RM45.

“Pembeli akan jimat RM6 berbanding dengan harga biasa, satu Crispy Choco Tub RM17.

“Cara ini juga secara tidak langsung memudahkan lagi orang ramai menyertai peraduan ini,” katanya.

Pada 2 Februari lalu, NIMS ADELICIOUSZ dan Sinar Harian melancarkan peraduan PKPNimsxSinar yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah keseluruhan berjumlah RM150,550.

Peraduan tersebut diadakan menerusi dua platform iaitu di akhbar Sinar Harian dan juga Sinar Harian Online bermula 1 Februari hingga 16 April 2021.

Pemenang tempat pertama bagi Kategori Hadiah Utama akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, manakala bagi Kategori Hadiah Kreatif pula akan membawa wang tunai berjumlah RM10,000.