Antara politikus dan polikatak

Dunia politik juga tidak ketinggalan sering dikaitkan dengan haiwan. Mengikut Kamus Dewan, istilah politikus merupakan gelaran kepada ahli politik dan ahli kenegaraan.
Dunia politik juga tidak ketinggalan sering dikaitkan dengan haiwan. Mengikut Kamus Dewan, istilah politikus merupakan gelaran kepada ahli politik dan ahli kenegaraan.
A
A
A

HAIWAN banyak dikaitkan dalam kehidupan seharian manusia. Selain daripada menjadi sumber protein utama dalam pemakanan, haiwan juga banyak digunakan dalam peribahasa, lambang dan gelaran.

Sebagai contoh peribahasa seperti ayam tambatan merujuk kepada orang yang diharap bakal membawa kemenangan, manakala kambing hitam pula individu yang dipersalahkan atas kesalahan orang lain.

Dalam kes lain, hampir kebanyakan negeri di Malaysia juga mempunyai gelaran yang berkaitan dengan binatang.

Kebiasaannya, haiwan tersebut memang berkaitan dengan negeri itu sehingga ia sering digunakan sebagai maskot, logo negeri dan gelaran pasukan sukan.

Terengganu contohnya sudah sekian lama menggunakan gelaran Penyu, Pahang pula Tok Gajah, Pulau Pinang harimau kumbang manakala Perak pula gagah dengan seladang.

Dunia politik juga tidak ketinggalan sering dikaitkan dengan haiwan. Mengikut Kamus Dewan, istilah politikus merupakan gelaran kepada ahli politik dan ahli kenegaraan.

Sementara itu, ahli falsafah Yunani, Aristotle juga pernah menyifatkan kita semua (manusia) adalah binatang yang berpolitik.

Namun, lewat kebelakangan ini salah satu binatang yang paling kerap disebut-sebut dalam politik Malaysia ialah katak.

Artikel Berkaitan:

Katak yang gemar melompat dikaitkan dengan kluster pemimpin yang telah melompat parti demi survival politik mereka.

Sinar Harian pada minggu lalu melaporkan seramai 39 ahli Parlimen sudah tidak bersama parti asal yang mereka bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Yang pasti budaya politik katak di Malaysia semakin menakutkan. Walaupun demokrasi Malaysia membenarkan kewujudan ahli politik katak, namun jumlahnya yang sudah berpuluh-puluh orang, ternyata mencalarkan demokrasi dan menggoncang kestabilan negara.