X

Kindly register in order to view this article
!

Putin bakal berkuasa hingga 2036

Vladimir Putin - Foto AFP
A
A

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Isnin memberikan kelulusan akhir terhadap undang-undang yang membenarkan beliau memegang jawatan untuk tempoh dua penggal tambahan sehingga tahun 2036.

Ia dilihat oleh pengkritik beliau sebagai alasan untuk membolehkan pemimpin itu menjadi 'presiden seumur hidup'.

Pemimpin berusia 68 tahun itu yang memegang tampuk pemerintahan selama lebih dua dekad mengemukakan cadangan kontroversi itu sebagai sebahagian daripada pembaharuan Perlembagaan.

Difahamkan, undang-undang itu membenarkan Putin untuk bertanding semula apabila penggal kedua pentadbirannya berakhir pada tahun 2024.

Beliau pertama kali dilantik memegang tampuk pemerintahan pada tahun 2000 dan berkhidmat selama empat tahun untuk tempoh dua penggal berturut-turut.

Pada tahun 2008, sekutunya, Dmitry Medvedev mengambil alih jawatan beliau memandangkan undang-undang di Moscow mengehadkan penggal perkhidmatan presiden hanya untuk tempoh dua penggal berturut-turut.

Medvedev kemudiannya menandatangani undang-undang yang melanjutkan tempoh perkhidmatan presiden seterusnya kepada enam tahun yang menyaksikan Putin kembali ke Kremlin pada tahun 2012 dan berjaya mengekalkan jawatannya pada tahun 2018. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!