Turki sorok maklumat pembunuhan Khashoggi?

Jamal Khashoggi
A
A

ANKARA - TURKI. Pihak berkuasa Turki masih belum mendedahkan semua maklumat ditemuinya berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di Konsulat Arab Saudi di Istanbul, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan semalam.

“Kami belum bagi sepenuhnya maklumat yang kami ada,” kata presiden itu pada wawancara dengan saluran Al-Haber.

Selepas berminggu menafikan, Arab Saudi mengakui Khashoggi dibunuh pada 2 Oktober selepas masuk konsulat untuk mendapatkan dokumen bagi perkahwinannya dengan wanita Turki, Hatice Cengiz.

Turki berkata wartawan itu dibunuh oleh sekumpulan 15 orang yang menjerutnya, dan Ankara berulang kali meminta Riyadh mengenal pasti orang tempatan yang membantu melupuskan mayat yang hingga kini masih tidak ditemui.

Riyadh sudah menahan beberapa orang pegawai kanan Saudi yang didakwa terlibat dalam pembunuhan itu. - AFP