X

Kindly register in order to view this article
!

Sah empat penjuru di PRK DUN Semenyih

Pilihan Raya Kecil (PRK) N24 DUN Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara (dari kiri) Nik Aziz Afiq Abdul dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) Muhammad Aiman Zainali dari Pakatan Harapan (PH) Kuan Chee Heng dari Parti Bebas serta Zakaria Hanafi dari Barisan Nasional (BN) di Pusat Penaman Calon PRK Semenyih, Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

SEMENYIH - PRK DUN Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon, PSM, PH, BN dan Bebas.

Senarai calon diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya, Datuk Mohd Sayuthi Bakar selepas tamat tempoh proses penamaan calon di dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, di sini, hari ini.

Penyandang kerusi ini iaitu PH mencalonkan jurutera muda, Muhammad Aiman Zainali, 30, yang juga merupakan menantu kepada penyandang DUN Semenyih, Allahyarham Bakhtiar Mohd. Nor.

BN pula mencalonkan Pemimpin Umno tempatan, Zakaria Hanafi,58.

Manakala, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengumumkan Nik Aziz Afiq Abdul, 25, sebagai calon mereka.

Sementara calon Bebas, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ bertanding pada PRK kali ini.

Mohd Sayuthi berkata, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima empat kertas pencalonan untuk bertanding bagi PRK DUN Semenyih.

"Mereka yang mengemukakan dokumen pencalonan ialah Muhammad Aiman pada jam 9.03 pagi, kemudiaannya diikuti Zakaria pada jam 9.05, Nik Aziz dan Chee Heng jam 9.10 pagi.

"Selepas semua dokumen pencalonan disemak saya berpuas hati tiada calon yang ditolak kertas penamaan," katanya.

Kerusi DUN Semenyih kosong selepas kematian wakil rakyatnya Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu di Hospital Kajang.

Bakhtiar mengalahkan wakil rakyat dua penggal di kawasan itu, Datuk Johan Abd Aziz daripada BN dengan 23,428 undi pada PRU-14.

PRK Semenyih akan diadakan pada 2 Mac ini dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 16 Februari dan tarikh pengundian awal pada 26 Februari.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus