Wasiyyah Shoppe Berhad intai pasaran Turki

Ahmad Tajudin (tengah) menyerahkan sijil penghargaan kepada salah seorang daie sambil ditemani Ariffin (kiri) dalam majlis makan tengah hari untuk perunding cemerlang (daie) pada Selasa.
Ahmad Tajudin (tengah) menyerahkan sijil penghargaan kepada salah seorang daie sambil ditemani Ariffin (kiri) dalam majlis makan tengah hari untuk perunding cemerlang (daie) pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Syarikat amanah patuh syariah peneraju di Malaysia, Wasiyyah Shoppe Berhad bakal menembusi pasaran antarabangsa berkaitan perancangan harta secara syariah di Turki.

Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Berhad, Ariffin Sabirin berkata, bidang perancangan harta yang dikendalikan secara syariah masih belum wujud di Turki sekali gus memberi peluang kepada pihaknya untuk mengintai pasaran di sana.

"Pihak kami mengintai pasaran di Turki memandangkan banyak peluang yang tersedia dalam bidang ini di sana.

"Tambahan pula, Turki juga memberi syarikat kami akses bagi pasaran perancangan harta syariah di negara-negara Eropah dan Wilayah Tengah," katanya pada majlis makan tengah hari untuk perunding cemerlang (daie) di sini pada Selasa.

Menurutnya, kerjasama antarabangsa berkenaan dijangkakan terjalin pada 2022/2023.

Pada majlis tersebut, seramai 30 perunding cemerlang diraikan sebagai menghargai kerja keras dan sumbangan membantu umat Islam merancang harta melalui perkhidmatan Wasiyyah Shoppe.

Hadir sama, Pengerusi Wasiyyah Shope Berhad, Datuk Ahmad Tajudin Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Ariffin berkata, syarikatnya juga turut membuka perkhidmatan bagi rakyat Malaysia yang mempunyai aset di luar negara.

Artikel Berkaitan:

"Perkhidmatan ini dijangkakan bermula pada Julai tahun ini," kata beliau.