X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 29 November 2021

Covid-19: 1,300 kes baharu, lima kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa merekodkan sebanyak 1,300 kes baharu Covid-19 dengan lima kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 setakat Selasa ialah sebanyak 353,329 kes.

"Jumlah keseluruhan kes kematian berkaitan Covid-19 pula ialah sebanyak 1,300 kes," katanya.

Menurutnya, terdapat sebanyak 14,161 kes aktif Covid-19 di seluruh negara setakat Selasa.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 189 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 88 pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Beliau berkata, jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 ialah sebanyak 1,412 kes.

"Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih ialah sebanyak 337,868 kes bersamaan 95.6 peratus daripada keseluruhan kes," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut mengenai jangkitan baharu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat sebanyak 24 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Kes penularan dalam negara pula ialah 1,276 kes melibatkan 918 rakyat tempatan dan 358 orang warga asing," katanya.

Menurutnya, Sarawak melaporkan kes tertinggi dengan 385 kes baharu.

"Daripada jumlah ini, sebanyak 352 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan," katanya.

Beliau berkata, ia disusuli dengan Selangor sebanyak 242 kes, selain Kelantan (126), Sabah (112), Pulau Pinang (110), Johor (98), Kuala Lumpur (87), Perak (61), Kedah (27) dan Pahang (11).

Menurutnya, Terengganu pula merekodkan sembilan kes, selain Labuan (lapan), Melaka (tujuh) dan Putrajaya (tiga), manakala tiada kes baharu dilaporkan di Perlis.

Sementara itu, beliau berkata, terdapat sebanyak 10 kluster baharu dilaporkan membabitkan lima kluster tempat kerja, tiga komuniti dan masing-masing satu kluster pusat tahanan serta keagamaan.

"Kluster tempat kerja adalah Integrasi Rawang Tiga dan Jalan Badlishah di Selangor, Jalan Maju (Sarawak), Jalan Kota Kubang Labu (Kelantan) dan Jalan Mega Industri (Johor)," katanya.

Menurutnya, Kluster komuniti pula adalah Kampung Palekbang (Kelantan), Taman Perisa (Kedah) dan Kampung Belaoh (Terengganu).

"Kluster Padang Hijau (Johor) merupakan kluster baharu membabitkan pusat tahanan, manakala Kluster Belacon (Sabah) adalah kluster keagamaan," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat sebanyak 1,421 kluster telah dikenal pasti termasuk 1,067 telah diisytiharkan tamat.

"Jumlah kluster aktif pula ialah sebanyak 354 kluster, manakala terdapat 62 kluster yang merekodkan pertambahan kes pada Selasa," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!