Pejabat UMNO Permatang Pauh terbakar

Anggota dari Balai Bomba Penanti dan Bukit Mertajam memadamkan kebakaran yang berlaku di Pejabat UMNO Bahagian Permatang Pauh di Jalan Kubang Semang, Bukit Mertajam pada Selasa. Kebakaran yang berlaku di Pejabat UMNO Bahagian Permatang Pauh di Jalan Kubang Semang, Bukit Mertajam pada Selasa.

A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Pejabat UMNO Bahagian Permatang Pauh di Jalan Kubang Semang di sini terbakar pada tengah hari Selasa.

Kejadian berlaku kiar-kira jam 12.50 tengah hari itu mengakibatkan pelbagai peralatan pejabat seperti tujuh set komputer, mesin pencetak, pendingin hawa, beberapa dokumen serta barangan lain musnah.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, ketika kejadian, dua kakitangan pejabat yang bertugas keluar berehat.

Beliau berkata, kebakaran disedari oleh orang awam sebelum mereka menghubungi bomba.

Kebakaran mengakibatkan kira-kira 30 peratus kawasan pejabat berkenaan musnah.
Kebakaran mengakibatkan kira-kira 30 peratus kawasan pejabat berkenaan musnah.

"Pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian, namun tidak menolak kemungkinan kebakaran disebabkan lintar pintas di bahagian pendingin udara.

"Kebakaran ini menyebabkan kerugian melebihi RM50,000 apabila banyak peralatan pejabat musnah. Bagaimanapun saya bersyukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pasukan dari Balai Bomba Penanti dan Bukit Mertajam bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan kejadian berkenaan daripada orang awam.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sebaik pasukan bomba tiba di tempat kejadian, kebakaran didapati berlaku di tingkat bawah bangunan tiga tingkat bangunan UMNO yang mengakibatkan kemusnahan 30 peratus kawasan pejabat berkenaan.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 1.10 petang. Operasi pemadaman turut dibantu oleh pasukan bomba sukarela berhampiran," katanya.