Skuad Projek FAM-MSN perlu masa matangkan permainan

Skuad Projek FAM-MSN masih memerlukan masa untuk memperbaiki mutu permainan. Foto: JOHOR Southern Tigers
Skuad Projek FAM-MSN masih memerlukan masa untuk memperbaiki mutu permainan. Foto: JOHOR Southern Tigers
A
A
A

SKUAD ubi muda Projek FAM-MSN yang melalui enam perlawanan Liga Premier tanpa sebarang kemenangan masih memerlukan masa untuk memperbaiki mutu permainan.

Ketua Jurulatih Skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah berkata, pasukan yang mula berjuang dalam saingan liga kedua tertinggi negara sejak 2 Februari lalu tidak mungkin dapat melahirkan pemain berpotensi dalam masa singkat.

“Saya faham dengan semua kata-kata di luar sana, mereka tidak inginkan jawapan yang selamat.

“Tetapi bagi saya siapa juga berada di tempat saya harus menerima keadaannya kerana inilah pembangunan yang dimaksudkan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II).

Beliau juga mengakui bukan mudah untuk barisan pemain berusia antara 17 hingga 20 tahun berhadapan dengan pasukan yang mempunyai pemain import.

Yusri berharap pasukannya kembali bersemangat dan memperbaiki prestasi mereka untuk perlawanan berikutnya menentang Kuching City FC Rabu ini.

Pada perlawanan malam kelmarin di Stadium UiTM di Shah Alam menyaksikan skuad Projek FAM-MSN tewas 0-5 kepada JDT II.

Artikel Berkaitan: