Kadar kemalangan maut di seluruh negara turun 26 peratus: JPJ

Zailani membuat pemeriksaan barisan kawad anggota JPJ pada Perasmian Pejabat JPJ Cawangan Kuala Pilah pada Selasa.
Zailani membuat pemeriksaan barisan kawad anggota JPJ pada Perasmian Pejabat JPJ Cawangan Kuala Pilah pada Selasa.
A
A
A

KUALA PILAH - Kadar kes kemalangan maut di seluruh negara dilaporkan menurun lebih 26 peratus bagi tempoh tahun 2020.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Zailani Hashim berkata, seramai 4,297 orang dilaporkan terlibat kemalangan maut pada tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan seramai 5,764 orang.

Katanya, penurunan kes kemalangan maut itu, disebabkan faktor daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadkan pergerakan orang ramai ketika itu.

"Peratus kemalangan maut pada tahun lalu mencatatkan penurunan sebanyak 25.5 peratus, jika dibandingkan dengan tahun 2019.

"Kita yakin ini disebabkan pelaksanaan PKP dan pandemik Covid-19 pada ketika itu, menyebabkan rakyat kita kurang bergerak," katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pejabat Baharu JPJ Cawangan Kuala Pilah di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Zailani memberitahu, secara keseluruhan, kes kemalangan jalan raya turut dilaporkan menurun sehingga 26 peratus pada tahun lalu dengan bilangan sebanyak 418,237 kes berbanding pada tahun 2019 dengan 567,516 kes kemalangan.

"Apabila kadar kemalangan menurun itu menunjukkan rakyat kita semakin sedar, peka dengan peraturan yang digariskan semasa pemanduan dan sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan.

"Kita tidak kisah jika hasil yang dikutip (saman atau kompaun) oleh pihaknya rendah, asalkan kadar kes kemalangan jalan raya dapat diturunkan," katanya.

Artikel Berkaitan: