Nigeria: Pusat pemulihan diserang, 1,844 penghuni lolos

Seramai 1,844 penghuni sebuah pusat pemulihan di negeri Owerri berjaya larikan diri selepas pusat itu diserang lelaki bersenjata. - Foto BBC
Seramai 1,844 penghuni sebuah pusat pemulihan di negeri Owerri berjaya larikan diri selepas pusat itu diserang lelaki bersenjata. - Foto BBC
A
A
A

ABUJA - Seramai 1,844 penghuni sebuah pusat pemulihan di negeri Owerri berjaya melarikan diri selepas pusat itu diserang lelaki bersenjata, lapor Xinhua.

Jurucakap Perkhidmatan Pemulihan Nigeria (NCS), Francis Enobore dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, lelaki bersenjata tidak dikenali menyerbu pusat itu sekitar 2.15 pagi (0115 GMT), Isnin.

Mereka memecahkan pintu masuk ke blok pentadbiran dengan menggunakan bahan peledak.

"Pusat Pemulihan Owerri di negeri Imo diserang lelaki bersenjata tidak dikenali dan membebaskan sejumlah 1,844 tahahan yang akan dibicarakan," kata Enobore.

Beliau berkata, penyerang menggunakan senjata canggih dan bertempur dengan anggota keselamatan.

"Pemangku Ketua Pengawal Pemulihan John Mrabure telah mengarahkan siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu, dengan kerjasama organisasi keselamatan lain dan melancarkan operasi memburu tahanan yang berjaya meloloskan diri," katanya.

Sementara itu, polis dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Ketua Polis Negara, Mohammed Abubakar Adamu telah mengarahkan pasukan tambahan dikerahkan untuk memperketatkan kawalan keselamatan di negeri itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: