Tiada politik dibawa masuk ke dalam masjid: TMJ

Kenyataan Tunku Ismail yang dipetik daripada laman Twitternya. Gambar kanan: Individu yang didakwa menteri sedang menyampaikan ceramah politik di dalam masjid itu.
Kenyataan Tunku Ismail yang dipetik daripada laman Twitternya. Gambar kanan: Individu yang didakwa menteri sedang menyampaikan ceramah politik di dalam masjid itu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Majlis Agama Islam Negeri Johor (Mainj) membuat pemantauan di seluruh masjid dan surau untuk memastikan tiada agenda politik dibawa masuk.

Menurutnya, perkara itu adalah termasuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang menggunakan rumah ibadat umat Islam tersebut untuk kepentingan politik.

"Di negeri Johor, tidak pernah berlaku orang memberikan ceramah politik di dalam masjid. Hormat tradisi Johor.

"Saya menggesa Majlis Agama Islam (Mainj) memantau dan mengambil tindakan kepada sesiapa yang menggunakan masjid yang merupakan tempat beribadah demi kepentingan politik," katanya menerusi laman Twitternya, malam tadi.

Difahamkan, amaran putera sulung Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu susulan seorang pengguna Twitter memohon Tunku Ismail menasihatkan seorang menteri yang didakwa menggunakan masjid untuk menyampaikan dakyah politik.

Menerusi tweet pengguna dengan nama AP4178 itu, telah disertakan satu rakaman video seorang individu di dalam masjid yang didakwa sedang menyampaikan ceramah berunsur politik.

Selepas perkongsian video berdurasi 45 saat itu, Tunku Ismail telah menjawab pertanyaan pengguna tersebut yang mana bertanyakan siapa lelaki yang didakwa memberikan ceramah terbabit.

Artikel Berkaitan: