29 individu ditahan ketika leka berhibur

Antara 29 individu yang ditahan ketika leka berhibur di sebuah premis di Jalan Sagu 18, Taman Daya ditahan pada Ahad.
Antara 29 individu yang ditahan ketika leka berhibur di sebuah premis di Jalan Sagu 18, Taman Daya ditahan pada Ahad.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 29 individu berusia 20 hingga 52 tahun yang sedang leka berhibur di sebuah premis di Jalan Sagu 18, Taman Daya ditahan pada Ahad.

Dalam serbuan kira-kira jam 7.45 malam itu, polis turut merampas lapan paket jus mangga dan 87 biji pil berwarna merah jambu disyaki dadah jenis pil ekstasi serta tujuh paket lut sinar disyaki dadah jenis ketamin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, turut dirampas ialah sebuah dekoder, modem wifi, televisyen, monitor, mikrofon, pembesar suara dan wang tunai RM1,420.

Menurutnya, seramai 14 individu tempatan yang merupakan pengunjung premis dikenakan kompaun RM10,000 setiap seorang kerana tidak mengamalkan penjarakkan sosial.

"Seramai 15 warga Vietnam terdiri daripada empat lelaki dan 11 wanita Vietnam akan dilakukan semakan rekod pergerakan keluar masuk negara melalui Jabatan Imigresen Malaysia.

"Seorang lelaki Vietnam berusia 24 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis hiburan ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan mendapati premis tersebut sedang beroperasi dengan muzik kuat selain terdapat sekumpulan lelaki dan wanita sedang leka berhibur sambil minum minuman beralkohol.

"Semakan status lesen perniagaan dan status lesen hiburan premis tersebut akan dibuat melalui pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Peraturan 16(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana melanggar syarat PKPB dan Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor 4/98," katanya.

Tambahnya lagi, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.