Hujan lebat, beberapa kawasan di Batu Pahat dinaiki air

Kawasan di Batu Pahat yang dinaiki air pada petang Isnin.
Kawasan di Batu Pahat yang dinaiki air pada petang Isnin.
A
A
A

BATU PAHAT - Beberapa kawasan di daerah ini dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat menerusi satu kenyataan berkata, antara kawasan terlibat ialah Stesen Bas Batu Pahat dan jalan berhadapan Kompleks 200.

Selain itu, katanya, Jalan Pegawai (Dataran Batu Pahat), Jalan Bukit Pasir, Jalan Rahmat dan Jalan Zabedah turut dinaiki air.

Pemantauan dilakukan oleh agensi berkaitan seperti APMM, JBPM, PDRM dan lain-lain.
Pemantauan dilakukan oleh agensi berkaitan seperti APMM, JBPM, PDRM dan lain-lain.

"Air naik setinggi 0.8 meter disebabkan hujan melebihi dua jam dan berlaku pertembungan air pasang besar kira-kira 1.47 meter. Akibatnya kawasan di sekitar bandar Batu Pahat dinaiki air.

"Pemantauan dilakukan oleh agensi berkaitan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat ( JBPM), Polis Diraja Malaysia ( PDRM) dan sebagainya," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor memaklumkan air sudah mula surut dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Artikel Berkaitan: