50 OKU dirai syarikat Tunas Duta Cemerlang

Seramai 50 OKU dari Persatuan Membantu OKU Kelantan diraikan syarikat Tunas Duta Cemerlang.
Seramai 50 OKU dari Persatuan Membantu OKU Kelantan diraikan syarikat Tunas Duta Cemerlang.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 50 orang kurang upaya (OKU) dari Persatuan Membantu OKU Kelantan (Ihsan) diraikan syarikat Tunas Duta Cemerlang dalam majlis ringkas dekat sini semalam.

Ketua Pegawai Operasi Tunas Duta Cemerlang Sdn Bhd, Al-Arabi Mohamed berkata, beliau bersyukur kerana majlis itu dapat diadakan walaupun perancangan dilakukan dalam masa singkat.

Beliau berkata, majlis itu untuk mengeratkan ukhuwah bersama golongan OKU.

"Saya ingin meraikan OKU buat kali pertama dalam kegiatan sosial syarikat kami. Sebelum ini kami pernah ke Pos Hendrop, Gua Musang untuk kegiatan khidmat sosial. Dalam masa yang sama kami nak perkenalkan salah seorang OKU namun berbakat dalam nyanyian iaitu Azmira Arif.

"Beliau yang kurang dari segi suara namun kelebihannya juga melalui suara. Beliau juga berkongsi pengalaman bersama OKU untuk mengikis sifat malu dan lebih yakin.

"Sifat malu begini menghalang kemajuan seseorang. Impian kita boleh dicapai dengan semangat jitu sepertimana yang dilakukan Azmira Arif," katanya ketika majlis motivasi dan penyampaian sumbangan kepada OKU berkenaan semalam.

Artikel Berkaitan: