X

Kindly register in order to view this article
!

Annuar Musa dakwa wujud usaha terancang serang PN

Tan Sri Annuar Musa
A
A

SHAH ALAM - Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa wujud usaha terancang menyerang kerajaan Perikatan Nasional (PN) daripada dalam sejak Ogos tahun lalu, selain serangan luar oleh Pakatan Harapan (PH).

Beliau bagaimanapun berkata, kejayaan kerajaan tidak dapat dihapuskan dan rakyat mengetahui apa yang dilakukan PN.

“Kerajaan ini dikendalikan oleh pasukan bimbingan bekas Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Insya-ALLAH mereka cukup pengalaman memimpin kerajaan,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap laporan Sinar Harian mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa kerajaan PN tetap mempunyai perancangan tersendiri bagi memastikan setiap masalah dihadapi negara dapat diselesaikan dengan baik, biarpun tiada manifesto jelas.

ARTIKEL BERKAITAN PN ada perancangan tersendiri selesai masalah negara

Menurut Mustapa, pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan di kabinet melibatkan wakil-wakil dalam kerajaan seperti Pas, UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), MIC, MCA dan lain-lain.

Ia sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat PN tidak mempunyai hala tuju disebabkan tiada manifesto jelas.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!