Guna duit sumbangan beli arak, dadah

Antara gelandangan yang berjaya diselamatkan.
Antara gelandangan yang berjaya diselamatkan.
A
A
A

BUTTERWORTH - Ramai gelandangan memberi alasan selesa tidur di kaki lima dan bawah jambatan kerana mendapat perhatian dan sumbangan orang ramai.

Alasan itu diberikan selepas mereka diselamatkan dalam operasi bersepadu menyelamatkan gelandangan dan penagih di sekitar kawasan Butterworth di sini pada Isnin.

Operasi yang bermula jam 9 pagi itu memeriksa gelandangan dan penagih yang menjadikan kaki lima di sebuah bank serta bawah jejambat berhampiran Penang Sentral sebagai 'kediaman' harian mereka.

Seorang gelandangan yang ditemui mengakui dia mampu meraih pendapatan RM30 hingga RM100 sehari hasil sumbangan orang ramai yang bersimpati dengan keadaannya.

Katanya, dengan duit yang diterima membolehkan dia membeli makanan, minuman keras dan bekalan dadah.

"Seronok duduk sini, ramai orang baik datang bawa makan, bantal, selimut dan ada yang bagi duit.

"Kami tak kacau orang cuma kami duduk dan tidur di sini sahaja," katanya.

Difahamkan selain mengemis, kumpulan gelandangan ini akan mengutip besi dan botol selain ada yang menjadi 'ulat' dengan mengutip wang parkir secara haram.

Artikel Berkaitan:

Operasi yang bermula jam 9 pagi itu memeriksa gelandangan dan penagih yang menjadikan kaki lima di sebuah bank serta bawah jejambat berhampiran Penang Sentral sebagai 'kediaman' harian mereka.
Operasi yang bermula jam 9 pagi itu memeriksa gelandangan dan penagih yang menjadikan kaki lima di sebuah bank serta bawah jejambat berhampiran Penang Sentral sebagai 'kediaman' harian mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, operasi bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) hasil maklumat awam mengenai jumlah gelandangan yang makin bertambah kebelakangan ini.

Menurutnya, dalam operasi itu pihaknya menyelamatkan seramai 34 gelandangan termasuk seorang wanita dan ujian saringan air kencing mendapati 19 daripadanya positif dadah.

"Seramai 15 orang yang negatif ujian air kencing dibebaskan dan polis telah menghubungi keluarga masing-masing untuk membawa mereka pulang.

"Mereka yang positif dadah dibawa ke pejabat AADK untuk tindakan lanjut," katanya.