PDRM serap anggota bertugas bawah Aksem

Abd Rahim (kiri) memeriksa perbarisan sempena Majlis Perasmian PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa, di Kota Bharu.
Abd Rahim (kiri) memeriksa perbarisan sempena Majlis Perasmian PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa, di Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas di bawah Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) sebelum ini akan diserap semula ke dalam Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam usaha memperkukuh keselamatan negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, kesemuanya seramai 561 anggota.

"Untuk makluman Aksem adalah gabungan daripada PDRM, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

"Jadi kita hanya ambil anggota PDRM untuk diserap ke dalam PGA, selebihnya akan diserahkan semula mereka mengikut agensi asal," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa di sini pada Isnin.

Hadir sama Timbalan Pengarah KDNKA (PGA), Datuk Kasuahdi Ali dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat.

Menurutnya, PDRM bagaimanapun akan merujuk kepada pihak kerajaan samada untuk mengguna pakai akta Aksem atau sebaliknya.

Beliau berkata, 'kepulangan' semula anggota PDRM itu akan memperkasakan PGA dalam melakukan penugasan di kawasan sempadan.

Sinar Harian pada 19 Mac lalu melaporkan Aksem distrukturkan semula dan diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab PDRM.

Artikel Berkaitan:

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kabinet pada Khamis bersetuju perkara itu dan semua arahan terus daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.