United hampiri aksi Liga Juara-Juara musim depan

Greenwood meraikan gol keduanya pada perlawanan berkenaan.
Greenwood meraikan gol keduanya pada perlawanan berkenaan.
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer menyifatkan kemenangan 2-1 Manchester United ke atas Brighton pada awal pagi Isnin membuatkan skuad kendaliannya itu semakin hampir untuk beraksi dalam sainga Liga Juara-Juara musim depan.

Menurut Solskjaer, biarpun kemenangan berkenaan dilihat masih ‘terlalu jauh’ untuk mencabar pendahulu, Manchester City, yang kini gah di puncak liga dengan 74 mata berbanding United dengan 60 mata setakat ini.

Bagaimanapun, Solksjaer tetap positif dengan situasi berkenaan kerana ia sekurang-kurangnya membantu mengukuhkan kedudukan skuad The Red Devils itu pada kedudukan kedua EPL kali ini.

“Sememangnya terlalu jauh untuk mengejar City, namun kami mahu memastikan kedudukan nombor dua menjadi milik kami.

“Pada perlawanan ini, terutamanya pada separuh masa kedua, kami telah beraksi dengan cukup baik berbanding separuh masa pertama untuk memastikan kemenangan yang cukup berharga ini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan Brighton mengejutkan tuan rumah menerusi gol pembukaan jaringan Danny Welbeck pada minit ke-13.

Namun United kembali bangkit pada separuh masa kedua dan menyaksikan Marcus Rashford menjaringkan gol pada minit ke-62 sebelum Mason Greenwood melengkapkan kemenangan menerusi gol kedua pada minit ke-83.

Sementara itu Greenwood turut meluahkan rasa gembiranya atas kemenangan berkenaan yang disifatkan terhasil daripada kerja keras rakan-rakan sepasukan di sepanjang perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, biarpun ketinggalan 0-1 selama hampir 50 minit, namun pemain dilihat masih kekal fokus dan tanpa jemu berusaha memburu jaringan penyamaan.

“Kami ketinggalan 0-1, tetapi kesemua pemain dilihat begitu fokus pada perlawanan dan akhirnya ia menghasilkan kemenangan,” katanya.