Jentera PH bantu kempen calon Bersatu

Mohamad (tiga, kiri) menggaul yee sang pada majlis berkenaan.
Mohamad (tiga, kiri) menggaul yee sang pada majlis berkenaan.
A
A
A

KLANG - Jentera PH akan tetap turun membantu kempen calon Bersatu pada PRK Semenyih nanti.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, beliau menafikan desas desus yang mendakwa jentera DAP, PKR dan Amanah memboikot calon PH daripada Bersatu, Muhammad Aiman Zainal.

"Tidak betul (boikot). Jentera PH sudah bersiap sedia untuk PRK Semenyih. Kita akan bersama-sama turun padang bantu calon kita.

"Isu ahli Umno sertai Bersatu sudah tiada. Malah kehadiran Ahli Parlimen UMNO akan meramaikan dan memeriahkan Pakatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Dun Sungai Kandis 2019 di Padang Rakan Muda Taman Sri Andalas, semalam.

Hadir sama, ADUN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Mohamad mengulas mengenai khabar angin kononnya jentera DAP, PKR dan Amanah akan memboikot kempen pada PRK DUN Semenyih sebagai tanda protes terhadap Bersatu kerana menerima kemasukan Ahli Parlimen UMNO.

Sebelum ini, Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad menyerahkan kad keahlian Bersatu kepada tujuh Ahli Parlimen Bebas di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, Selasa lalu.

Artikel Berkaitan:

Tindakan itu menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pemimpin Pakatan.

Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Louis turut menyelar tindakan Dr Mahathir menerima kemasukan ahli parlimen itu yang disifatkan sebagai 'sampah'.