Mayat Khashoggi dibakar dalam ketuhar tandoori?

Siasatan ke atas kematian Khashoggi masih diteruskan.
Siasatan ke atas kematian Khashoggi masih diteruskan.
A
A
A

ANKARA - TURKI. Polis Turki telah menemui ketuhar tandoori di kediaman konsul umum di Istanbul yang menjadi petunjuk tubuh wartawan terkenal Arab Saudi, Jamal Khashoggi mungkin telah dibakar.

Menurut jurucakap polis, mereka telah menemui dua perigi dan sebuah ketuhar dalam kediaman itu.

"Pakar mendakwa ketuhar itu boleh mencecah suhu sehingga 1,000 darjah Celsius dan memusnahkan sebarang tisu biologi dan menghapuskan segala bukti DNA," ujarnya.

Kolumnis The Washington Post itu dibunuh kejam ketika beliau mahu menguruskan dokumen perkahwinannya di Konsulat Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu.

Pertengahan Oktober lalu, penyiasat Turki mendapati pembunuhan itu mengambil masa selama tujuh minit selain tubuhnya turut dikerat-kerat.

Sehingga kini, mayatnya masih gagal ditemui selepas dipercayai dihapuskan dengan asid. - Press TV

Artikel Berkaitan: