Fokus PH untuk menang PRU15: Ahmad Fahmi

Ahmad Fahmi ketika bercakap kepada pemberita pada Ahad.
Ahmad Fahmi ketika bercakap kepada pemberita pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pakatan Harapan (PH) khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mahu 'mengambil kredit' daripada perpecahan yang berlaku dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebaliknya akan terus memberi fokus untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, fokus utama kini adalah untuk mengambil kembali kerusi daripada ahli Parlimen yang lompat ke parti lain.

Selain itu katanya, parti juga sedang berusaha untuk mengukuhkan kembali cabang-cabang membabitkan ahli Parlimen yang telah lompat parti.

"Itu adalah hal antara mereka tapi yang membuktikan bahawa kerajaan yang ada sekarang sangat rapuh.

"Mungkin formula yang mereka (PN) gunakan tidak patut kita ikut atau patut kita elak daripada melakukan hal sedemikian pada masa akan datang," katanya pada sidang media ketika hadir pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Keadikan Lembah Pantai di salah sebuah hotel di sini pada Ahad.

Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Lembaga Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kemelut yang melanda kerajaan PN ketika ini memberi kelebihan kepada PH untuk menang PRU15 nanti.

Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi berkata, ketidaktentuan dalam PN ketika ini juga merupakan satu iktibar kepada PH atau PKR itu sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Jadi saya rasa kita kena muhasabah dan pelajari daripada keadaan (ketidaktentuan dalam PN) itu," katanya.