Tujuh tasik bakal berwajah baharu

Annuar (dua dari kanan) membuat gimik sewaktu Majlis Pelancaran Penanaman 1 Juta Pokok di Wilayah Persekutuan yang bertemakan 'Wilayah Hijau, Wilayah Lestari' pada Ahad.
Annuar (dua dari kanan) membuat gimik sewaktu Majlis Pelancaran Penanaman 1 Juta Pokok di Wilayah Persekutuan yang bertemakan 'Wilayah Hijau, Wilayah Lestari' pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tujuh buah tasik di bandar raya ini akan terlibat dalam Program Penanaman Pokok Wilayah Persekutuan dalam usaha menjadikannya sebagai lokasi riadah pasif dan aktif buat orang awam.

Tasik terlibat adalah Taman Tasik Metropolitan, Kepong; Tasik Intan Baiduri; Kolam 99 dan Kolam Seri Murni; Kolam Nanyang; Kolam Taman Wahyu; Kolam Takungan Banjir Batu dan Taman Tasik Metropolitan, Batu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, bagi peringkat permulaan sebanyak 100 pokok terdiri daripada beberapa jenis spesies telah ditanam di kawasan Kolam Takungan Banjir, Batu bagi menjayakan usaha tersebut.

"Antara spesies pokok terlibat adalah pokok berkayu yang ditanam adalah pokok bunga sakura Malaysia (tekoma), putat laut, bintangor laut (penaga laut), golden shower tree, kelat jambu laut, semarak api (flame of the forest), casia biflora, tembusu padang, pokok merawan siput jantan, penaga lilin, pokok bunga tanjung, pokok kasai dan beberapa spesis lain yang bersesuaian dengan landskap kawasan yang dikenal pasti," katanya.

Annuar berkata demikian sewaktu Majlis Pelancaran Penanaman 1 Juta Pokok di Wilayah Persekutuan yang bertemakan 'Wilayah Hijau, Wilayah Lestari' pada Ahad.

Dalam pada itu, Annuar berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga kini sedang mempertimbangkan bagi memanjangkan laluan basikal di sekitar tujuh tasik terlibat sehingga ke Taman Eko Rimba Kuala Lumpur.

"Jarak bagi jajaran laluan basikal ini secara keseluruhan adalah sejauh 62.5 kilometer," katanya.

Selain itu, mengulas lanjut mengenai program Penanaman Pokok Wilayah Persekutuan tersebut, Annuar berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan sasaran sejuta pokok ditanam bagi tempoh 2021-2025 melibatkan beberapa fasa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, program ini juga bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan, namun ia memerlukan usaha bersama termasuk pihak swasta.

"Melalui program ini, DBKL mensasarkan penanaman sebanyak RM500,000 pokok, Perbadanan Putrajaya 400,000 pokok dan Perbadanan Labuan pula sebanyak 100,000 pokok," katanya.