Pas, Bersatu dan UMNO perlu duduk semeja cari penyelesaian terbaik

Che Abdullah (belakang, dua dari kiri) bersama Ahmad (belakang, dua dari kanan) bersama nelayan yang menerima bantuan pada program Prihatin Nelayan Parlimen Tumpat di Jeti Pendaratan Ikan, Tanjung Che Mas,Tumpat.
Che Abdullah (belakang, dua dari kiri) bersama Ahmad (belakang, dua dari kanan) bersama nelayan yang menerima bantuan pada program Prihatin Nelayan Parlimen Tumpat di Jeti Pendaratan Ikan, Tanjung Che Mas,Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - Pucuk pimpinan tertinggi UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas perlu duduk semeja dalam mencari penyelesaian terbaik bagi mengukuhkan lagi kerjasama politik antara ketiga-tiga parti itu.

Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerjasama politik antara ketiga-tiga parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berjalan dengan baik meskipun timbul sedikit 'percanggahan' pendapat sebelum ini.

"Setakat ini, tiada masalah berbangkit dan hubungan antara parti berjalan cantik dan elok," katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas situasi terkini politik negara pada Ahad.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II hadir pada program Prihatin Nelayan Parlimen Tumpat di Jeti Pendaratan Ikan, Tanjung Che Mas di sini.

Perasmian majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Sri Ahmad Hamzah.

Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, perpaduan parti amat penting kerana ia akan menjadi penentu kepada kerjasama lebih kukuh pada masa hadapan.

Katanya, buat masa ini Pas lebih selesa mengambil pendekatan memperkukuhkan kerjasama politik antara Bersatu dan UMNO.

Artikel Berkaitan: