Perhimpunan Undi 18: Polis akan panggil lebih ramai individu

Abdul Hamid pada sidang media selepas perasmian Seksyen K9 Pulau Langkawi Bahagian Bantuan Teknik D6 Jabatan Siasatan Jenayah (CID) PDRM hari ini. - Foto Bernama
Abdul Hamid pada sidang media selepas perasmian Seksyen K9 Pulau Langkawi Bahagian Bantuan Teknik D6 Jabatan Siasatan Jenayah (CID) PDRM hari ini. - Foto Bernama
A
A
A
LANGKAWI - Polis akan memanggil lebih ramai individu untuk diambil keterangan berhubung perhimpunan membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan undang-undang berkaitan had umur kelayakan mengundi 18 tahun, di Jalan Parlimen pada akhir bulan lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan adalah lebih menjurus kepada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dikuatkuasakan bagi menangani penularan Covid-19.

"Macam saya katakan sebelum ini, kita menghormati prinsip-prinsip untuk orang amalkan, dia punya hak dia, dalam Perlembagaan (dinyatakan) dia boleh (berhimpun) tetapi kalau langgar SOP berhubung dengan Covid-19, kita terpaksa ambil tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seksyen K9 Langkawi Bahagian Bantuan Teknik D 6 Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia di sini pada Ahad.

Jumaat lepas, polis mengambil keterangan empat individu iaitu Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik; Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan bekas pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan berhubung perhimpunan pada 27 Mac itu. - Bernama
Artikel Berkaitan: