39 pasukan sahut cabaran Piala Presiden, Piala Belia

Majlis undian bagi kedua-dua kejohanan selepas sesi Taklimat Pasukan Piala Presiden dan Piala Belia 2021. - Foto Football Association of Malaysia
Majlis undian bagi kedua-dua kejohanan selepas sesi Taklimat Pasukan Piala Presiden dan Piala Belia 2021. - Foto Football Association of Malaysia
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) kembali mempertandingkan kejohanan Piala Presiden dan Piala Belia bermula Jun ini, dengan penglibatan keseluruhan 39 pasukan selepas edisi 2020 dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

Menurut kenyataan FAM hari ini, 19 daripada 39 pasukan akan bersaing dalam Piala Presiden, yang dijadual bermula dengan saingan peringkat kumpulan pada 3 Jun, diikuti peringkat kalah mati dari 9 Ogos hingga 19 September

Bagi Piala Belia, sejumlah 20 pasukan akan memulakan saingan peringkat kumpulan pada 2 Jun diikuti dua perlawanan ‘play-off’ pada 31 Julai dan 4 Ogos, sebelum melangkah ke peringkat kalah mati dari 8 Ogos hingga 4 September

Terdahulu, majlis undian bagi kedua-dua kejohanan kategori remaja itu yang berlangsung hari ini, merupakan acara kemuncak kepada Taklimat Pasukan Piala Presiden dan Piala Belia musim 2021, selama dua hari bermula semalam.

Ia dihadiri Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed dan Exco FAM, Md Dali Wahid selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, serta Penolong Setiausaha Agung FAM Abang Zulkarnain Abang Abdurahman, selaku Pengarah Pertandingan FAM.

Sementara itu, kesemua pasukan bertanding dalam kedua-dua kejohanan itu dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut zon, iaitu Kumpulan A mengumpulkan pasukan zon Utara; Kumpulan B (zon Selatan); dan Kumpulan C (zon Tengah).

Berikut merupakan keputusan undian bagi saingan Piala Presiden dan Piala Belia musim 2021:

Piala Presiden

Artikel Berkaitan:

Kumpulan A (Utara):

Penang FC

Kedah Darul Aman FC

Akademi Mokhtar Dahari B-17

Kelantan United FC

Perak FC III

Kelantan FC

Selangor FC

Kumpulan B (Selatan):

Negeri Sembilan FC

Kuala Lumpur City F

Melaka United FC

PDRM FC

Sri Pahang FC

JDT III

Kumpulan C (Tengah):

PJ City FC

UiTM FC

Sabah FC III

Kuching City FC

Sarawak United FC

Terengganu FC III

Piala Belia

Kumpulan A (Utara):

Kelantan FC

Sri Pahang FC

Penang FC

Kelantan United FC

Perak FC IV

Kedah Darul Aman FC

UiTM FC

Kumpulan B (Selatan):

Negeri Sembilan FC

JDT IV

PDRM FC

Melaka United FC

Akademi Mokhtar Dahari B-16

SSTMI B-17

Kuala Lumpur City FC

Kumpulan C (Tengah):

Terengganu FC IV

Sabah FC IV

PJ City FC

Kuching City FC

Selangor FC

Serawak United FC