Negara perlu ramuan politik baharu, bukan parti dominan

Rais (tengah) ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPKM Cawangan Seremban.
Rais (tengah) ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPKM Cawangan Seremban.
A
A
A

SEREMBAN - Negara memerlukan ramuan politik baharu yang menjurus kepada kepentingan ramai sebagai keutamaan parti bukan bersifat dominan.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, tiada parti boleh mendakwa sebagai dominan kerana ia berbahaya.

"Ia akan mengalih kepentingan ramai walaupun sesebuah parti itu mempunyai jumlah keahlian yang ramai. Bila sudah dominan kita dominate (menguasai)... Kita tak boleh dominate orang kerana yang menguasai manusia adalah undang-undang dan apa undang-undang kata, kita ikut.

"Tetapi jika parti politik dominate kita, ia suatu bentuk kekejaman dan akan mengalihkan kepentingan ramai. Tak perlu ada mana-mana parti dominate. Sepatutnya ramai ahli kita lagi baik dan lagi hormat kita kepada undang-undang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Seremban di Dewan Theatrate Hospital Mawar, di sini pada Ahad.

Hadir sama Pengerusi PPKM, Datuk Ibrahim Che Mat.

Pada Sabtu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika merasmikan Persidangan Agung MIC berkata, tiada mana-mana pihak boleh mendakwa parti mereka paling dominan dan lebih berhak untuk memegang tampuk kuasa.

Beliau berkata, konsep dominan itu adalah politik lama dan dalam era politik baharu ini, semua parti mempunyai peranan dan sumbangan yang sama penting untuk menjaga kebajikan rakyat dan memajukan negara.

Mengulas lanjut, Rais berkata, ramuan politik baharu harus diterjemahkan bagi mengelakkan terjadinya sikap sombong apabila sudah lama berkuasa.

Artikel Berkaitan:

"Oleh itu, jangan duduk lama sangat di tampuk kuasa, dua atau tiga penggal memadai dan bagi orang lain meneruskannya," katanya.