Pemandu lori sebabkan kematian penunggang motosikal direman

Pemandu lori yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut direman selama empat hari bermula Ahad selepas dibawa ke Mahkamah Temerloh
Pemandu lori yang menyebabkan seorang penunggang motosikal maut direman selama empat hari bermula Ahad selepas dibawa ke Mahkamah Temerloh
A
A
A

TEMERLOH - Seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal maut di persimpangan lampu isyarat di Kilometer (KM) 121 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan pada Sabtu direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan.

Majistret, Ti Pei Si mengeluarkan perintah reman itu sehingga 7 April ini (Rabu) terhadap pemandu lori berusia 35 tahun tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi, pada Sabtu, seorang pekerja Radicare Hospital Sultan Haji Ahmad Shah(Hoshas) Temerloh, Khairul Izmi Baharuddin, 44, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, hasil ujian awal air kencing lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Hasil siasatan awal, lori dari Paya Pulai menghala ke sebuah kilang yang dipandu lelaki terbabit tidak berhenti di lampu isyarat dan melanggar penunggang motosikal itu yang sedang bergerak memasuki simpang ke Hoshas.

Artikel Berkaitan: