Polis siasat aktiviti santai Neelofa, suami di Langkawi

Neelofa dan suaminya, Haris Ismail akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung gambar dan video tular pasangan itu bersiar-siar di Langkawi.
Neelofa dan suaminya, Haris Ismail akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung gambar dan video tular pasangan itu bersiar-siar di Langkawi.
A
A
A

LANGKAWI - Selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung gambar dan video tular pasangan itu bersiar-siar di pulau peranginan Langkawi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, berdasarkan video dan gambar yang dimuat naik di media sosial pasangan itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (Neelofa) bersama suaminya itu melanggar SOP yang ditetapkan dan kita akan ambil tindakan.

“Jadi, dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas siasatan yang mana dia (Neelofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seksyen K9 Langkawi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, pada Ahad.