Guardiola tidak akan lupakan EPL 2020/21

Pemain City, Benjamin Mendy (kanan), meraikan jaringannya pada perlawanan berkenaan.
Pemain City, Benjamin Mendy (kanan), meraikan jaringannya pada perlawanan berkenaan.
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan dia sesekali tidak akan melupakan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini yang disifatkannya sebagai musim terbaik The Citizens.

Menurut Guardiola kedudukan skuad kendaliannya selaku pendahulu EPL ketika ini, dilihat terlalu hampir untuk dinobatkan selaku juara EPL kali ini turut menguatkan andaian berkenaan.

Malah tanpa berselindung Guardiola mengakui dia begitu sukakan saingan di EPL berbanding saingan liga bola sepak yang lain di seluruh dunia.

“Saya sukakan saingan liga (EPL) di sini melebihi daripada mana-mana saingan liga di seluruh dunia dan kami kini berada terlalu hampir (untuk bergelar juara), di sini.

“Bagi kami, juara sebenar ketika ini adalah Liverpool kerana mereka kini memiliki trofinya. Bagaimanapun, kami kini begitu hampir untuk ‘merampas’ trofi itu daripada mereka,” katanya.

City menewaskan Leicester City 2-0 pada aksi EPL di Stadium Kings Power pada awal pagi Ahad hasil jaringan Benjamin Mendy minit ke-58 dan Gabriel Jesus (min-74).

Kemenangan berkenaan sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan City selaku pendahulu EPL dengan 74 mata dan dibezakan dengan 17 mata dengan pencabar terdekat, Manchester United yang kini mengumpul 57 mata.

Sementara itu Guardiola turut memberikan pujian kepada kesebelasan City yang disifatkan telah berusaha dan bekerja keras di sepanjang musim.

Artikel Berkaitan:

“Musim ini, pemain-pemain kami didapati tetap berusaha dan bekerja keras, walaupun mereka sedar mereka beraksi tanpa kehadiran penonton di stadium.

“Bagi saya, ia nyata sesuatu yang luar biasa,” katanya.