Jakel bantu 100,000 keluarga asnaf

Azlan (berdiri dua dari kiri) dan Azmizam (berdiri tiga dari kiri) bersama wakil keluarga yang menerima bantuan daripada Jakel pada Sabtu.
Azlan (berdiri dua dari kiri) dan Azmizam (berdiri tiga dari kiri) bersama wakil keluarga yang menerima bantuan daripada Jakel pada Sabtu.
A
A
A

SYARIKAT tekstil terkenal, Jakel memperuntukkan RM5 juta bagi membantu 100,000 keluarga asnaf dan golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di seluruh negara tahun ini.

Pengurus Besar Operasi dan Peruncitan Jakel Mall Kuala Lumpur, Azlan Abu Bakar berkata, seramai 70,000 keluarga menerima bantuan berupa sumbangan makanan kering di seluruh Malaysia setakat ini.

Menurutnya, sumbangan turut diserahkan kepada golongan yang hilang pekerjaan dan keluarga yang kematian suami sebagai persiapan menjelang Ramadan.

Azlan
Azlan

“Ini merupakan kali pertama Jakel hadir ke sini untuk memberikan bantuan tetapi setakat ini Jakel sudah menyerahkan sumbangan kepada 70,000 keluarga di seluruh negara.

“Bagi perancangan untuk Ramadan yang bakal tiba, kita akan sumbangkan bantuan dari segi makanan dan pakaian kepada anak yatim serta tahfiz mengikut keperluan mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Penyerahan Sumbangan kepada 100 Keluarga Nelayan di Teluk Gong di Masjid Al-Islah Kampung Nelayan, Telok Gong pada Sabtu.

Selain serahan bantuan kepada wakil keluarga, Azlan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri turut melawat beberapa rumah penerima bantuan di sekitar Kampung Nelayan, Telok Gong yang tidak dapat hadir pada majlis tersebut.

Artikel Berkaitan:

Azlan dan Azmizam menyerahkan bantuan kepada wakil keluarga yang terkesan akibat Covid-19 pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada 100 Keluarga Nelayan di Teluk Gong.
Azlan dan Azmizam menyerahkan bantuan kepada wakil keluarga yang terkesan akibat Covid-19 pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada 100 Keluarga Nelayan di Teluk Gong.

Sementara itu, Azmizam berkata, pihaknya telah membantu kira-kira 6,000 keluarga yang terkesan akibat Covid-19 setakat ini bersama beberapa syarikat dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Ia adalah langkah yang baik kerana kami akan bekerjasama dengan Jakel untuk mengenal pasti golongan yang wajar dibantu di kawasan ini tetapi bukan mereka yang ingin mengambil kesempatan.

“Kita juga mengalu-alukan sekiranya ada mana-mana syarikat yang mahu membantu dan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kewangan keluarga terbabit,” katanya.

Azmizam
Azmizam

Seorang penerima bantuan, Ahmad Shahrul Nizam Nayan, 52, berkata, dia amat terharu apabila pihak Jakel dan Azmizam sudi melawatnya dan memberikan bantuan.

Ahmad Shahrul yang pernah bekerja di Pelabuhan Klang Utara di sini berhenti kerja pada 2015 kerana menghidap masalah jantung, disusuli penyakit edema di bahagian perut sejak tahun lalu sehingga membataskan pergerakannya.

“Buat masa ini sumber pendapatan keluarga bergantung kepada wang daripada Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) yang diterima.

“Terima kasih Jakel dan YB Azmizam kerana prihatin dengan keadaan saya,” katanya yang tinggal di Jalan Ikan Bawal, Telok Gong di sini.

Azmizam (dua dari kanan) dan Azlan (kiri) melawat Ahmad Shahrul Nizam di rumahnya di Jalan Ikan Bawal, Telok Gong.
Azmizam (dua dari kanan) dan Azlan (kiri) melawat Ahmad Shahrul Nizam di rumahnya di Jalan Ikan Bawal, Telok Gong.