Gempa bumi sederhana landa perairan Laut Banda, Indonesia

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 pada skala Richter gegar perairan Laut Banda, Indonesia awal pagi Ahad.
Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 pada skala Richter gegar perairan Laut Banda, Indonesia awal pagi Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 pada skala Richter dilapor menggegarkan perairan Laut Banda, Indonesia pada 2.42 awal pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu dikesan pada kedudukan 166 kilometer (km) dari selatan Ambon, Indonesia dengan kedalaman 340 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: