PRU15: Pas azam rampas semula Parlimen Hulu Langat

Pas meluahkan keyakinan untuk kembali merampas kerusi Parlimen Hulu Langat pada PRU15.
Pas meluahkan keyakinan untuk kembali merampas kerusi Parlimen Hulu Langat pada PRU15.
A
A
A

HULU LANGAT - Pemuda Pas Selangor berazam untuk merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Langat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Hanafi Zulkapli berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada 68 peratus pengundi Melayu di kawasan berkenaan selain faktor ingin membangunkan semula kawasan dimenangi calon daripada Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 lalu.

"Tidakkah kita sedar DAP berjaya menyelinap masuk kerusi majoriti Melayu Islam dengan menggunakan ejen mereka daripada Parti Amanah Negara (Amanah) yang cukup taat kepada DAP?

"Inilah azam Pemuda Pas Selangor untuk menyelamatkan rakyat daripada tipu daya PH (Pakatan Harapan) dan DAP, azam ini akan terus diperkuatkan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Hanafi berkata, Pas kesal apabila beberapa isu seperti masalah kepadatan, kesesakan jalan raya, banjir yang tidak berkesudahan dan kemunduran tidak ditangani secara menyeluruh.

"Pemuda Pas Selangor percaya, rakyat semakin sedar helah DAP dan PH untuk membawa pembaharuan itu hanyalah omongan retorik semata-mata," katanya.

Artikel Berkaitan: