Seorang maut, seorang parah

Seorang maut dan seorang lagi cedera parah setelah motosikal ditunggang mereka terlibat kemalangan.
di KM 2 Bukit Perah - Kuala Kejir (Kg Jak), Hulu Terengganu, lewat petang tadi.-Ihsan Polis
Seorang maut dan seorang lagi cedera parah setelah motosikal ditunggang mereka terlibat kemalangan. di KM 2 Bukit Perah - Kuala Kejir (Kg Jak), Hulu Terengganu, lewat petang tadi.-Ihsan Polis
A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi cedera parah setelah motosikal ditunggang mereka terlibat kemalangan di KM 2 Bukit Perah - Kuala Kejir (Kg Jak), di sini, lewat petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang itu, mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd Amran Ghazali, 44, beralamat di Kampung Pengkalan Jak, Ajil dan bekerja sendiri.

Manakala, mangsa cedera parah merupakan pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu Muhammad Rusyaidi Bin Rosli.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian dipercayai berlaku setelah salah sebuah motosikal masuk ke laluan bertentangan.

"Siasatan awal mendapati penunggang motosikal jenis Suzuki Sport (Mohd Amran) daripada rumahnya hendak menghala ke Kampung Kuala Kejir.

"Bagaimanapun secara tiba-tiba datang sebuah motosikal jenis Honda Legenda dari arah hadapan telah memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal ditunggang Mohd Amran.

"Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa tercampak di atas jalan dan penunggang motosikal Suzuki Sport meninggal dunia di tempat kejadian.

"Penunggang Honda Lagenda beralamat di Jalan Dato Amar, Ajil cedera parah di kepala dan kaki kanan dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Mohd Adli, kes disiasat di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan keadaan tempat kejadian jalan satu lorong dua hala, garisan putus-putus pembahagi jalan, keadaan cuaca hujan baik, permukaan jalan kering dan waktu senja.