X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada sebarang kes eksploitasi buruh di Malaysia: KSM

Awang Hashim
A
A

KUALA TERENGGANU- Kementerian Sumber Manusia (KSM) menegaskan tiada sebarang kes eksploitasi buruh berlaku di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim menegaskan, sehingga hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan eksploitasi sebaliknya laporan diterima lebih kepada kes membabitkan majikan yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) berkenaan Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990) Pindaan 2019.

"Eksploitasi sebenarnya tidak berlaku malah kita salah satu ahli kepada ILO (Pertubuhan Buruh Antarabangsa) dan kita memang sentiasa pantau serta patuh pada ILO bagi memastikan apa yang dikatakan kita eksploitasi buruh ini tidak berlaku di negara kita.

"Cuma biasanya buruh yang datang ke negara ini, mereka duduk di satu tempat, bawa isteri, bawa anak-anak malah kadang-kadang ada anak-anak ikut bekerja, itu dikatakan eksploitasi.

"Bagaimanapun, kita sentiasa mengadakan operasi bagi memastikan perkara-perkara berbangkit seperti ini tidak berlaku dan dapat diatasi (jika ada)," katanya ketika ditemui pemberita sempena Karnival PenjanaKerjaya Negeri Terengganu 2021, di sini pada Sabtu.

Kerajaan United Kingdom (UK) sebelum ini berdepan tindakan undang-undang selepas menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) buatan Malaysia yang dikaitkan dengan penggunaan buruh paksa.

Menurut laporan eksklusif oleh portal UK The Independent pada 2 April lalu, sebuah firma undang-undang berpangkalan di London, Wilson Solicitors didakwa membuat laporan kepada Jabatan Kesihatan dan Penjagaan Sosial (DHSC) UK berhubung pengeluaran sarung tangan di Malaysia daripada syarikat-syarikat yang dipercayai mengeksploitasi buruh.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!